Followers

Friday 13 January 2012

Tawakal Dan Redha Dalam Cinta

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?
Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.
Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya? Tidakkah ia sama dengan penipuan? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan.. Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya.. Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan..
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.
Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Penting untuk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita tapi.. yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan Redhalah.. :)

Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya

~Copy&Paste= Blog Pakar Cinta

Perasaan gelisah.... :(

Assalamualaikum....

~ Fuhhhh...tarik nafas......Hembus...tarik.......hembus....Hurmm mengeluh sendirian huhu....
Apelah yang aku fikirkan nie...Ya Allah...pikirkn yang positif lia, jangan fikirkan perkara tu nti membinasakan diri ko plak...( menyedapkan hati sendiri)...Harap ianya tidak seperti yang aku fikirkan ....Buang jauh-jauh lia, Syaitan tu...jgn sampai membuatkan ko jauh fikirkan yang x elok...Istighfar byk2..Astaghfirullahalhazzim....
Semoga kami menjaga hubungan ini sebaik mungkin...Mudah-mudahan, InsyaAllah...Amin

Tuesday 10 January 2012

MAJLIS PERTUNANGAN ~24-12-2011~

Berbaju melayu biru (aYah T'sayang)




Wakil Pihak Lelaki memulakan Perbincangan....




Ibu en.tunang

Bersama Kak YOng ...> akak en.tunang


Bersama bakal adik ipar---Wan syakirah

posing skejap...hehe

Kek dari pihak pompuan ----> pihak lelaki

kek dari pihak lelaki--->pihak pompuan


meor muzakkir (adik en.tunang)

Ajim- Adik bongsu en.tunang



Bakal kakak Iparku..hehe Yong

Wan Solehah (bakal adik ipar)