Wahai Sahabatku
Pertemua pertama antara kau dan aku,
Sebuah pertemuan istimewa di awal perkenalan kita,
Perkenalan yang membawa ikatan persahabatan yang murni...
Tanpa disangka usia perkenalan kita menjangkau hampir 2 tahun lebih,
Walaupun jarang bersua namun Doaku untuk mu sentiasa mekar dibibir,
Malah khidmat SMS selalu menghubungkan kita,
Wahai Sahabat
Sesungguhnya diriku IKHLAS menjalinkan UKHWAH persahabatan ini
tanpa sebarang sebab kerana Kita bersahabat kerana ALLAH....
Engkau adalah sahabatku yang ISTIMEWA...
Wahai Sahabat...
Maafkan aku kerana telah membuatkan engkau menjauh...
Maafkan aku kerana telah melukakan hatimu tanpa ku menyedarinya
Maafkan aku diatas segalanya....
Bukan niatku....
~Ku doakan dan berharap semoga sahabatku ini tabah menjalani ujian dari-NYA dan semoga dipertemukan dengan wanita yang lebih baik dan wanita yang SOLEHAH :)
Followers
Monday, 24 October 2011
Thursday, 29 September 2011
Suara Hatiku
Perjalanan hidup ini...
rupanya bukan mudah
pertimbangan dan kehampaan
bagai satu kemestian
dalam setiap keputusan
pasti ada yang kecewa
demi membahagiakan orang lain
rela dirinya menderita
mungkin ini pengorbanan sejati
lahir dari hati yang mengerti
bahawa tidak semua bertemu
apa yang sebenarnya yang dicari
kadangkala bersua didalam mimpi
dan hilang di awal pagi
bagai embun nan kering
hilang disapa mentari....
rupanya bukan mudah
pertimbangan dan kehampaan
bagai satu kemestian
dalam setiap keputusan
pasti ada yang kecewa
demi membahagiakan orang lain
rela dirinya menderita
mungkin ini pengorbanan sejati
lahir dari hati yang mengerti
bahawa tidak semua bertemu
apa yang sebenarnya yang dicari
kadangkala bersua didalam mimpi
dan hilang di awal pagi
bagai embun nan kering
hilang disapa mentari....
oleh ~ alhawa's weblog
Tuesday, 27 September 2011
Friday, 19 August 2011
Syukur Alhamdulillah...
Assalamualaikum w.b.t
Dan Salam Ramadan ke-19 pada semua yang sudi menjenguk blog ciksalia nie yerr..
Sebenarnya ciksalia just nk ulang balik entry ciksalia sebelum nie berkenaan " Handset Pemberian Ayah ciksalia telah dicuri" tempoh hari hmm rasanya masih lagi dalam waktu Bulan Ramadan hilang aritu
...
Ciksalia nak panjatkan kesyukuran pada Allah Yang Maha Pemurah sebab telah menggantikan hanset ciksalia yang hilang kepada yang baru nie...
Ciksalia tak jangka langsung dapat hanset yang baru nie malahan dalam masa yang singkat tambahan lagi advance dari yang hilang dulu... Tapi hnset dulu tu tetap ciksalia sayang sebab dari pemberian Ayah...
Sebenarnya tujuan ciksalia cite nie bukan la niat nak menunjuk-nunjuk lagipun hanset ciksalia nie bukannya secanggih manepun jika dibandingkan hanset teman-teman diluar sana...hehehe
Tujuan ciksalia tulis entry nie sebenarnya adalah untuk mengingatkan diri ciksalia sendiri dan ingin berkongsi pada teman-teman untuk selalu dan rajin-rajinkan lah lidah kita untuk mengucap " INNALILLAHIWAINNAILAIHIROJIUN"...walaupun kita ditimpa musibah kecil seperti tali selipar kita putus pn... ( Allah swt akan mengantikan sesuatu itu yang lebih baik dari sebelumnya jika kita redha keatas ujian yang menimpa kita)...
~Dipetik oleh ceramah UStaz Abdullah Mahmud
~Tempat ciksalia berkerja
Thursday, 11 August 2011
Handset Pemberian Ayah telah dicuri...
Assalamualaikum w.b.t
Selamat berpuasa... :)
Hari nie mood sedih sangat sebab apa yer??? hmmm sedih-sedih pun masih boleh pulak buat entry yer ciksalia?...hahaha sebenarnya nak kata x sedih..sedih jugak tapi x bolehlah sedih berpanjangan di bulan puasa nie kn..kn..kn... betul...betul..betul(versi ipin)....
Sebenarnya ciksalia sayang sangat hanset tu sebab hanset itu adalah pemberian ayah ciksalia...ayah yang ciksalia sayang sangat-sangat...sapelah yang x sayang pemberian yang diberi oleh ayah kn...
Hanset tu ciksalia dah pakai hampir 2 tahun ( sony ericson), warna putih masih elok dan cantik lagi tambahan penuh dengan lagu-lagu nasyid kesukaan ciksalia, gambar-gambar family, tema-tema grafik yang cantik...penat ciksalia download taw3...senang-senang jer kena curi pulak tu...
Hanset tu hilang malam tadi selepas ciksalia balik dari shopping temankan emak beli barang-barang nak buat kuih raya...Dah hilang nak buat macam mane bukan rezeki la tu orang tua-tua kata...
Lepas dapat tahu jer hnset hilang terus ciksalia mengucap "Innalillahiwainnailaihirojiun" (kepada Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali) jangan kita mudah melatah hanya kerana hanset kita hilang yer...cepat-cepat kita mengucap dan ingatlah setiap perkara yang datang pada kita adalah ujian mahupun sebagai penghapus dari atas dosa yang kita lakukan...
Ciksalia hanya ingin berkongsi sebab ciksalia pernah mendengar satu ceramah nie dalam youtube iaitu Dari Ustaz Abdullah Mahmud...(nnti korang tengok la yer kalau nak tahu x rugi kalau korang luangkan sikit masa kn)....
p/s: Jika kita hilang sesuatu yang berharga buat kita seperti rumah terbakar, kehilangan harta benda,walaupun hanya putus tali kasut sekalipun ucapkanlah " Innalillahiwainnailaihirojiun"
Thursday, 4 August 2011
Aksi @ keletah izzah bila umur dah 2 tahun
Bismillahirahmannirahhim..
Assalamualaikum w.b.t semoga semuanya sihat sejahtera...
Skrg kte semua dah masuk Ramadan yang ke-5 kn...Selamat Berpuasa yer
Entry kali nie ciksalia berbesar hati dan baik hati nak coretkan kisah adik kesayangan merangkap buah hati jantung pisang...hehe ahli keluarga kami nie... Dia lah Penawar Ibu Ayah ciksalia...
Skrg umur dia dah 2 tahun 3 bulan 3 minggu...huhu
nI gambar umur sekarang, ciksalia suka ambil gambar si kecil nie untuk tatapan keluarga dan bila dia dah besar nanti...biar dia tengok nakal rupenye dia...hahah
Antara keletah izzah ialah:
1. Dia tahu2 je kami (yang p keje ) nak balik, dye dengan jer tapak kasut dpn rumah dia dah tunggu kitaorang, nk bukakkn pintu... pastu nampak kita apalagi mintak dukung la pastu peluk...so sweet...hehe
2. Skrg izzah dah pandai kira 1-10
3.izzah dah pandai pakai kasut sendiri waktu umur dia dah nk masuk 2 tahun
4. Nur izzah nie suka possing dan suka bergambar, habis hanset 1 Family ada gambar diaa je la...hehe
5.Izzah x suke sangat makan nasi, sejak dia baby lg...(kitaorang semua risau terutama emak), tp mak gantikan dengan nestum. tp alhamdulillah skrg nak la jugak makan nasi walaupun sikit....
6.Izzah suka sangat tengok cerita upin & Ipin...betul3 (tredmark izzah) :)
7.Izzah suka sangat makan ayam goreng macammmm Ipin
8. Izzah masih hisap puuuuuuutingggg...hahahha (ikut kakak dia la tp kakak dia dulu hisap ibu jari jer)haha
Tu jela berkenaan Nur Izzah buat masa nie jerr..nanti sambung lagi ......
![]() |
| 4 Bulan lebih ( izah wif kakak lynda) |
| Nur izzah with Ayah ( 7 Month) |
| 1 tahun lebih (izzah with emak) |
![]() |
| 2 tahun ( senyum Sokmo) |
Wednesday, 3 August 2011
Matlamat Sebelum Kahwin...hehe
Bismillahirahmannirahhim....
Assalamualaikum w.b.t......
Pertama sekali ciksalia nak ucapkan selamat berpuasa kepada teman-teman semua yer...maklumla ciksalia langsung xde update entry dan cerita-cerita pada bulan ramadan yang mulia nie... (malas + xde idea) walaupun tahu memang xde orang yang berminat sangat nk membaca entry ciksalia yang tidak ada info yang bagus untuk dikongsi melainkan blog ni adalah lebih tatapan sendiri huhuhu...cedih la pula..
Setiap orang ada impian masing-masing tak kira la impian yang macam mana tapi ciksalia pula bukanlah impian atau cita-cita seperti nak jadi doktor,cikgu atau pun pilot yang nak diperkatakan sebab cikslia belajar x la tinggi mana tapi ia adalah impian kecil ciksalia yang ciksalia nak capai Insya Allah mudah-mudahan dengan izin dan pertolongan Allah ciksalia sedang berusaha capai sebelum nak mengakhiri zaman bujang....
1) ciksalia nak belajar menjahit baju kurung dan bermacam-macam lagi..berkaitan menjahit
2) ciksalia nak belajar memasak termasuk kek, roti, kuih muih wahhh jelous betul tgk orang lain yang pandai buat semua resepi... (bkn x reti memasak cuma nk lgi improve lg skill masakan hehe) sbb air tangan isteri atau ibu adalah air tangan yang paling baik untuk kebahagiaan sesebuah alam rumahtangga..
tu jela kot yang ciksalia nak ceritakan kat diri ciksalia sendiri....huhu
To ciksalia~ Berusaha k dan Insya Allah mudah-mudahan akan tercapai la impian kecil ciksalia tu k...yang penting berusaha jangan give up... MMmuah love u :p
Subscribe to:
Posts (Atom)




