Followers

Friday, 13 January 2012

Tawakal Dan Redha Dalam Cinta

Ramai insan yang masih lagi tidak faham akan apakah erti kesetiaan dalam sebuah perhubungan. Ramai yang bertanya mengapa kita perlu setia, sedangkan belum tentu kekasih kita itu menjadi pasangan hidup kita?
Disebabkan persoalan inilah kecurangan sering berlaku dimasa kini, sehingga ramai antara insan di muka bumi ini dilanda kekecewaan dan ada yang menyedihkan sehingga sanggup membunuh diri apabila ditinggalkan kekasih.
Kesetiaan dalam perhubungan adalah sangat penting, ini adalah kerana kita telah mengambil amanat dan tanggungjwab daripada pasangan kita itu untuk menjadikan dirinya hanya satu dihati kita sewaktu kita mengambilnya sebagai kekasih.
Alangkah sedihnya apabila tanggugjawab atau amanat yang seharusnya kita jaga itu, tidak kita tunaikannya? Tidakkah ia sama dengan penipuan? Jangan taburkan janji jika kita tidak mampu untuk tepati dan jangan mengata cinta kalau kita tidak mampu untuk memberikannya sepenuh hati…
Ingatlah bahawa, hidup kita seperti roda, tidak semestinya kita sentiasa berada di atas. Jika kita permainkan hati insan lain, suatu masa kita juga akan dipermainkan.. Dan pada waktu itu, penyesalan tiada gunanya.. Setiap apa yg kita lakukan pasti ada balasanya, hanya masa yang dapat menentukan..
Untuk insan yang menjaga kesetiaan terhadap pasangan, anda adalah yang terbaik. Jadilah insan yang boleh membahagaian pasangan kita tanpa rasa jemu. Jika anda dicurangi, janganlah bersedih ataupun berdendam, tetaplah menjadi yang terbaik. Kerana anda mempunyai maruah diri, jangan samakan diri anda dengan insan yang tidak setia.
Anda telah melakukan yang terbaik untuk pasangan anda dengan menjaga keperibadian diri dengan sebaiknya. Mereka tidak pandai menjaga harga diri mereka. Suatu hari nanti mereka akan menyesal dan akan menyedari akan kebaikan yang anda lakukan…
Penting untuk kita ketahui sama ada pasangan kita jujur, ikhlas atau setia dengan kita tapi.. yang penting Allah tahu kita bagaimana, dan Allah tidak akan mensia-siakan apa yang kita lakukan… Tawakal dan Redhalah.. :)

Cintailah seseorang kerana kekurangannya, kerana suatu saat nanti kamu akan bahagia dengan kelebihannya…dan jangan pernah mencintai seseorang dengan kelebihannya, kerana suatu saat nanti kamu pasti kecewa ketika kamu tahu kekurangannya

~Copy&Paste= Blog Pakar Cinta

Perasaan gelisah.... :(

Assalamualaikum....

~ Fuhhhh...tarik nafas......Hembus...tarik.......hembus....Hurmm mengeluh sendirian huhu....
Apelah yang aku fikirkan nie...Ya Allah...pikirkn yang positif lia, jangan fikirkan perkara tu nti membinasakan diri ko plak...( menyedapkan hati sendiri)...Harap ianya tidak seperti yang aku fikirkan ....Buang jauh-jauh lia, Syaitan tu...jgn sampai membuatkan ko jauh fikirkan yang x elok...Istighfar byk2..Astaghfirullahalhazzim....
Semoga kami menjaga hubungan ini sebaik mungkin...Mudah-mudahan, InsyaAllah...Amin

Tuesday, 10 January 2012

MAJLIS PERTUNANGAN ~24-12-2011~

Berbaju melayu biru (aYah T'sayang)




Wakil Pihak Lelaki memulakan Perbincangan....




Ibu en.tunang

Bersama Kak YOng ...> akak en.tunang


Bersama bakal adik ipar---Wan syakirah

posing skejap...hehe

Kek dari pihak pompuan ----> pihak lelaki

kek dari pihak lelaki--->pihak pompuan


meor muzakkir (adik en.tunang)

Ajim- Adik bongsu en.tunang



Bakal kakak Iparku..hehe Yong

Wan Solehah (bakal adik ipar)


Sunday, 18 December 2011

Lagi Berapa hari lagi nie.....Eee =Perasaan Gementar

Assalamualaikum w.b.t, salam buat pembaca yang masih sudi singgah diblog yang x seberapa nie yerr...uhuhu

Maklum jela blog nie hanya menceritakan hal2 peribadi ciksalia jer..uhuhu sape la yg minat nk menjenguk selain ciksalia sendiri..Ahaksss =) Xpela mmg adekan blog nie pn hanya untuk tatapan dan syok sendiri jer...ehehe =)

Ok, berbalik pada tajuk entry kali nie...Emm iyer lagi tinggal 5 hari sahaja sebelum ciksalia bergelar tunangan pada En.M...uhuhu.. Wisau ade, perasaan Gembira pun ade,pendek cite perasaan ini bercampur2 nampaknya...agaknyela tentu sahabat2 yg kt luar sane mcm ciksalia jugak kn...mestilah...

Walaupun majlis yang akan diadakan nnti hanya majlis yang kecil sahaja tetapi Bagi ciksalia ini lah kali pertama dan pengalaman pertama dalam keluarga ciksalia...
Majlis pertunangan ciksalia bukanlah majlis macam trend sekarang ni siap2 ade pelamin lgi tu..
Xde pakaian2 yg jadi fesyen tunang skg nie mengerlip jer bajunya mengalahkan Pengantin jer...uhuhu tapi cukuplah majlis tu biase2 jer dan paling penting Ciksalia selamat menjadi tunangan En.M...ehehe
Pape pn ciksalia harap semuanya berjalan dengan baik...Insya'Allah <3   <3 ~ Love~

Thursday, 1 December 2011

Menghitung Hari ~......???

Assalamualaikum w.b.t =) salam Jumaat buat teman yg d kasihi.....

Menaip:2/12/2011 : 3.09 pm
Waktu ketika ini: Hujan Lebat Selebatnya (  D' Opis) :P

Tajuk Entry kali ini adalah " Menghitung Hari", ade ape degn hari tu ek?
uhuhu...haa saat yang penting bagi ciksalia dan juge keluarga t'cinta sebenaryer... :P iaitu hari dimana akan berlangsungnyer majlis pertunangan ciksalia nti bersama Mr.M... Insya'Allah
Lagi 3 Minggu jer lagi...uhuhu Ya Allah, berdebar-debarnya la Hati nie...( bertenang Lia...)


Persiapan pn blum lagi siap sepenuhnyer...Mudah-mudahan dapat la disiapkan...terima kasih tidak terhingga pada Emak t'cinta, Pn. Zarina...ehehe mmuah2 =] sebab mak yang mengubah semua barang-barang hantaran ciksalia x pakai pertolongan orang len pn....smuanyer hasil dari tangan emak yang kreatif tu...mak ciksalia mmg pandai mengubah bunga...Ialah ciksalia lah anak dalam keluarga yang first baru nk melangkah orang kate...so ini adalah pengalaman yang baru buat family.... Emak pada mule2 tu pening jgak la + kelam kabut sbb x penah mengalami situasi cmni....uhuhu tapi alhamdulillah akhirnya adalah serba serbi yang dah siap cume skg tinggal utk mencari barangan peribadi Mr.M tu jer lgi...huhuhu


Semoga Majlis ciksalia bersama  Mr.M berjalan dengan lancar...Amin =]
Oklah ....insya'allah kita berjumpa lagi untuk cerita seterusnya.... bye..bye wslm...

Sunday, 27 November 2011

Mampukah Daku???

Assalamualaikum w.b.t dan selamat Menyambut Maal Hijrah 1433 H :]

Sambil-sambil mendengar Radio I LUV ISlam, sambil tulah jejariku menaip keyboard ini...uhuhu...
Hari nie nak meluahkan perasaan yang terbuku dihati nie... Ciksalia bukan jenis yang boleh cerita semua hal samada hal peribadi mahupn masalah kerja kt seseorang jadi....blog nie la tempat mengadu walaupn ianya x same kita luahkan pada seseorang kn...( tapi mengadu pada Allah Maha Pencipta adalah Wajib tulah penenangnyer) :]

"Mampukah aku menjadi sebuah dahan yang kukuh dan kuat untuk dia berpaut??? Sedang kan aku bukanlah sekuat mana tetapi kenapa aku berpura-pura berlagak kuat sedangkan akulah manusia yang lemah sering menangis pabila ujian datang menyapa....malah aku berjiwa lemah bagaimana untuk aku menjaga hati dan perasaan orang lain termasuk dia yang aku mula sayang???
Mampukah daku, Ya Allah???
Mampukah daku untuk menjaga perhubungan ini YA Rabbi....
Ya Allah kupohon kurniakan daku kecekalan, kesabaran agar dapat melaluinya dengan  perasaan yang rela bukan dengan perasaan dalam keterpaksaan....... kerana aku yang telah memilih jalan ini".....

Wednesday, 9 November 2011

Andai Itu Takdirnya........ (Part 1)

Assalamualaikum dan semoga pembaca yang dikasihi dalam keadaan yang sihat sejahtera ,semoga kita sentiasa dalam rahmatNya.... :]

Erm... macam mane ciksalia nak berkongsi sesuatu yang mengembirakan bila sesuatu berlaku dalam hidup kita yer...Kadangkala tak terucap dengan kata-kata, malahan tiada kata-kata indah selain memuji dan memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi....Alhamdulillah....
Kadangkala sesuatu itu hadir didalam hidup kita tanpa kita sedari....seperti ayat ini "Allah berhak untuk menemukan kita, dan Allah juga berhak untuk memisahkan kita dengan orang yang kita kasihi"....
Cume ape yang kita mampu buat sekarang ialah disaat kita sudah bertemu dengan orang yang kita kasihi , maka kita jagalah ia sebaik mungkin dan semampu kita... :] Insya'Allah.....

Oklah sampai sini dulu...continue pada bab yang lain...hehe